Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini dipersoal wargamaya kerana menggunakan pelakon Ira Kaza sebagai model tudung AS Legacy, miliknya.
Aliff ketika memuat naik video kempen terbaharu jenama tersebut dikecam wargamaya terutama pengikutnya.
Selain mengecam Aliff, mereka turut mengancam untuk tidak mengikuti usahawan tersebut lagi kerana kononnya memberi muka kepada ‘penyondol’.
Mereka turut mempersoalkan mengapa tidak mengambil Puteri Sarah sebagai model.
Tidak melatah dengan karenah warganet, Aliff berkata, dia bersikap profesional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Kenapa tak ambil Puteri Sarah? Kenapa sokong Ira Kaza? Hello, saya tak sokong mana-mana…Saya tak sokong Ira dan saya tak sokong Puteri Sarah.
“Dan kalau kau orang nak tahu, saya juga pernah ambil Puteri Sarah menggayakan tudung saya.
“Jangan kata saya sokong sana, saya tak sokong sini pula ya. Saya hanya fokus untuk bisnes saya sahaja, jadi janganlah unfollow saya.
“Terima kasih kerana menyokong saya selama ini,” kata Aliff.
Terdahulu, Aliff memuat naik video koleksi terbaharunya menggunakan Ira Kaza sebagai model bersama anak perempuannya Qadejah El Zahra.
Video tersebut bagaimanapun mencetus kemarahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan Ira Kaza. – BOOM!