Pelakon Mimi Lana menganggap apa yang sedang dilaluinya sekarang sebagai dugaan terbesar dan terburuk yang pernah dilaluinya.
Mimi menerusi luahan perasaannya di Instagram (IG) berkata, semoga dia dan Syafiq dapat melalui dugaan ini dengan penuh kesabaran.
“Semoga Allah merahmati saya dan dia serta permudahkan urusan kami. Semoga Dia mengizinkan kami melalui dugaan ini dan menjadikan muslim yang lebih baik.
“Semoga apa yang saya dan dia percaya sebagai yang paling buruk untuk kami ini adalah yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat,” tulisnya.
Dalam hantaran sama Mimi turut memohon diberikan kekuatan untuk terus melangkah pada hari-hari mendatang.
“Semoga setiap air mata yang kita tumpahkan menjadi jalan untuk menghapuskan dosa, semoga setiap doa yang kita panjatkan dimakbulkan, dan semoga setiap doa yang kita ucapkan dimakbulkan. Dan semoga anda dan saya sentiasa tersenyum,” katanya.
Mimi Lana dan Syafiq Kyle pada malam Jumaat mengejutkan semua pihak apabila membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos depan.
Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada 21 Januari 2023.
Setakat ini tiada sebarang perkembangan terkini daripada Syafiq Kyle mengenai apa yang sedang berlaku. – BOOM!