Pelakon, penerbit dan usahawan Datuk Rosyam Nor bengang apabila fotonya dijadikan bahan promosi pihak tidak bertanggung jawab.
Apatah lagi, ia melibatkan perkara yang tidak pernah diceburinya seperti skim pelaburan saham.
Rosyam menerusi hantaran di Instagram berkata, tindakan pihak tersebut adalah tidak bertanggung jawab dan menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan.
“Saya nak bagitahu, ada banyak sangat iklan pasal saham yang gunakan gambar saya dan banyak orang yang terpengaruh.
“Saya nak bagitahu saya tak ada apa-apa kena mengena dengan apa-apa saham. Jadi itu adalah satu penipuan, jangan cepat percaya.
“Orang guna nama saya, letak gambar saya. Saya harap semua orang berhati-hati dengan keadaan sekarang ni,” katanya.
Dalam video sama, Rosyam turut berkongsi fotonya yang digunakan untuk tujuan pengiklanan mempromosi pelaburan saham. – BOOM!