Umum mengetahui Bell Ngasri dinobat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.
Namun, pelakon dan pelawak bertaraf legenda itu tidak menerima hadiah kereta seperti kebiasaannya.
Tetapi kalau sudah rezeki, Bell akan menerima juga hadiah sebuah kereta import berharga RM200,000 daripada syarikat kenderaan DTC Motors.
Pemilik DTC Motors, Afendy Wahid berkata dia mengambil keputusan menaja selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian selain merasakan pelakon dan pelawak itu layak menerima hadiah tersebut.
Bagaimanapun Afendy enggan mendedahkan butiran mengenai kereta bakal diterima Bell.
Majlis penyerahan kenderaan itu akan diadakan pada Isnin ini. – BOOM!
Sumber: MSTAR ONLINE