Pelakon popular Fasha Sandha mengakui pernah meraung gara-gara teringin biskut kering cecah Milo.
Menurut Fasha, ketika itu dia sedang dalam fasa menurunkan berat badan tetapi keinginan untuk menikmati makanan kegemarannya itu membuak-buak.
Tetapi perasaan serba salah menghantui diri kerana ketika itu berat badan belum menunjukkan penurunan tambahan lagi hidangan tersebut berkalori tinggi.
Saya menangis, meraung sampai suami tanya. Lepas tu saya beritahu yang saya nak minum Milo cecah biskut tapi sebab kalori tinggi dan berat badan tak turun, saya takut nak makan.
“Tapi suami pujuk juga suruh jamah sikit… Itu antara kenangan yang saya lalui untuk kuruskan badan,” ujarnya.
Ditanya mengenai bentuk badannya yang semakin langsing, Fasha berkata dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas hampir setahun mengamalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan makanan tambahan Berryfull.
Kata Fasha, selain mengamalkan makanan tambahan Berryfull bagi menurunkan berat badan, dia juga hanya makan dua sudu nasi bersama ikan setiap hari dan jarang mengambil protein seperti daging dan ayam.
Dalam pada itu Fasha turut menyifatkan perlantikannya sebagai duta Berryfull bukan sekadar rezeki buat dirinya semata-mata tetapi juga untuk peminat-peminat yang mempunyai masalah penurunan berat badan.
“Sebelum ini saya juga mengalami masalah penurunan berat badan dan bukan senang ya nak turunkan berat, tambah pula saya dikritik segelintir netizen kerana bertubuh besar.
“Apabila dilamar menjadi duta sesebuah produk, mestilah saya nak cuba dulu kan, sebab peminat akan percaya setiap tips atau perkongsian kesihatan kita. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menggunakan Berryfull, saya dapat lihat perubahan diri saya.
“Dan sekarang, saya sudah berjaya menurunkan 18 kilogram. Bila perubahan diri saya sangat ketara, saya pun makin semangat nak kongsi kepada orang ramai bahawa Berryfull sememangnya menjadi!” kata Fasha.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty iaitu Dini Qistina Latif berkata, kehadiran Fasha sebagai duta Berryfull ternyata membawa tuah apabila produk itu terjual sebanyak 400,000 botol.
Dini berkata, kutipan jualan kasar juga mencecah hampir RM20 juta dalam tempoh kurang setahun aktres berkenaan menjadi sebahagian daripada keluarga Inayah Beauty.
“Kami mula mendekati Fasha untuk menjadi duta pada Ogos 2022 lalu tapi selepas dia cuba sendiri produk kami dan dapati perubahan ketara dia terus setuju untuk menjadi duta kami pada Disember 2022.
“Kemudian perubahan bentuk badan Fasha yang langsing buatkan jualan Berryfull terus mencanak naik,” katanya.
Selain itu, Inayah Beauty membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran kurus 1kg dapat RM1000 dan tempoh cabaran itu bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos depan.
Mengenai syarikat, Inayah Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat. – BOOM!