Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Carboot Sale DXN Cyberville Medan Selebriti Bertemu Peminat

14/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Carboot Sale DXN Cyberville Medan Selebriti Bertemu Peminat

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Berniaga sambil beramah mesra dengan peminat antara pengisian acara Carboot Sale di DXN Cyberville, Cyberjaya kali keempat yang dianjurkan selama dua hari pada hujung minggu lalu.

Antara selebriti yang memeriahkan acara bersama produk jualan masing-masing adalah, pelakon Siti Fazurina, Syed Ali dan juga penyanyi Fakhrul UNIC.

Siti Fazurina yang pernah popular dengan drama Puteri dan Dunia Anita melahirkan rasa gembira apabila keputusannya menyertai jualan Carboot Sale DXN Cyberville di sini menjadi medan bertemu dengan peminat yang masih mengenali dirinya.

Menurut Siti Fazurina, dia yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka tidak menyangka jualan minuman dengan jenama Minom miliknya mendapat sambutan.

“Ini kali pertama dan memang saya tidak sangka langsung seronok berniaga di Carboot Sale ini. Jualan hari pertama pun okey, tetapi hari kedua semua buah-buahan untuk smoothie telah habis.

“Dalam masa sama saya yang sudah jarang-jarang muncul di televisyen seronok apabila dapat juga bertemu peminat,” kongsinya yang turut memiliki syarikat produksi sendiri.

Dalam pada itu pelakon dan usahawan, Syed Ali yang sudah kali ketiga menyertai penganjuran Carboot Sale ini menyifatkan acara ini salah satu medan terbaik untuk para usahawan kecil mengembangkan lagi jenama masing-masing.

“Saya memang seronok dapat menyertai acara ini sebab selain dapat berjualan dan mempromosikan produk pewangi fabrik keluarkan saya iaitu BeFresh, saya juga dapat bertemu peminat dan rakan-rakan artis yang lain.

“Carboot Sale ini berbeza kerana tempatnya amat selesa bukan sahaja untuk peniaga tetapi juga pengunjung yang hadir kerana semua kemudahan disediakan.

“Bagi saya jika ingin berjaya, saya harus merebut segala peluang dan ruang yang ada untuk mempromosikan produk keluaran sendiri termasuklah menyertai acara seperti ini. Status selebriti bukan tiket atau jalan pintas untuk sesuatu produk berjaya,” ujar Syed Ali.

Sementara itu, Fakhrul UNIC juga melahirkan rasa gembira apabila jualan kraf kayunya menerusi jenama Art & Craft 4A’s Wood Art mendapat perhatian dan tumpuan termasuk daripada kanak-kanak.

“Seronok kali pertama jualan mendapat sambutan, malah kanak-kanak juga suka dengan aktiviti seni kayu yang kami ketengahkan.

“Alhamdulillah juga sebab kami turut menerima tempahan daripada pengunjung yang tertarik dengan produk kami,” katanya pada acara yang dihadiri sekitar 500 pengunjung itu.

Selain itu, agensi bakat The Vokal turut menjalankan sesi uji bakat dan mendapat sambutan baik apabila hampir 100 peserta yang hadir mencuba nasib.

Turut diteruskan pada jualan kali ini ialah sudut sedekah, Infak Corner yang menyediakan barangan keperluan harian seperti barangan dapur dari syarikat media dan produksi.

Program jualan yang diadakan sebulan sekali itu diacarakan oleh artis serba boleh Adzrin Azhar yang turut membuat persembahan. – BOOM!

Previous Post

Lagu Flower Jisoo BLACKPINK Single Digital Paling Laris Di China

Next Post

Qistina Raisah Kena Buang Sekolah | Jisoo Flower Laris Di China | Afdlin Shauki Artis Pertama Pegang Jawatan DBKL

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gemilang Big Stage | Aisha Punca Putus? | Chubb-E – Bogel – Rambang | Amylea Ada Class

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Selepas Arwah Ibu Pergi, Semangat Saya Hilang” – Ryan Deedat Berehat Dari Dunia Nyanyian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Pecah Amanah, Bekas Kakitangan Fazura Berdepan Hukuman Penjara Jika Sabit Kesalahan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy, Chaq Mentor Ditidurkan – “Dia Kena Langgar, Tapi…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Selit Klip Porno Gay Dalam Entri Instagram, Rapper Singapura Sengaja Cetus Sensasi?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Doktor Wanita Tuntut RM150,000, Suami Julia Farhana Didakwa Lari Daripada Bayar Hutang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Selepas Tercedera Gara-gara ‘Prank’, Puteri Rafasya Kini Sudah Boleh Berdiri Dan Berjalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian Berakhir! Konsert KRU 2025 Mula Jadi Bualan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Bukan Melayu Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Saya Suka Body Awak…” – ‘Jantan Sangap’ Merengek Ganggu Zara Zya, Laporan Polis Sudah Dibuat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Gerak Solo Dulu” – Duo Kembar Razqa Amzar Dan Amsyar Sabri Berpecah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penginapan Artis Filem 3 Hajat Di TTS Staycation Chalet, Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yana Samsudin Teroka Bidang Perniagaan Baru, Tampil Dengan Produk Minuman Susu Oat Bagoos!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Lucah Pengacara Tular | Mawar Rashid Padam Gambar Suami | Sekolah Anak Aaron Aziz Diancam Bom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lagu Yataghayar Berunsur Kerohanian Islamik Serlah Sisi Lain Eddie G, Asfan Dan Luca Sickta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Gerak Solo Dulu” – Duo Kembar Razqa Amzar Dan Amsyar Sabri Berpecah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lelaki BBNU 2023 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd