Pelakon terkenal Nad Zainal berang apabila ada pihak tidak bertanggung jawab sanggup memuat naik berita tidak benar semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Nad Zainal menerusi Instagram (IG)nya berkongsi paparan skrin pengguna laman sosial ‘Farah Othman’ yang menggunakan ‘clickbait’ yang keterlaluan.
Menurut Nad Zainal, selepas mengetik berita tertera ‘Nad Zainal Luah Rasa Tak Selesa Dengan Ungku Ismail’, ia rupanya hanyalah pautan yang menghubungkan pengguna laman sosial kepada aplikasi membeli-belah atas talian.
“Kot ye pun nak jual barang kat shopee ke, apa ke.. tak perlulah tulis macam ini.. dah netizen percaya.
“Ke ada Nad Zainal lain? Sebab Nad Zainal yang ini, yang tulen…Jarang lah nak buka mulut canang kisah rumahtangga.
“Baru kes Freemason habis, nampaknya sama sahaja…Penat sis tekan link, bagi link rupanya suruh shopping.
“Semoga bertaubat,” tegas Nad Zainal.
Akhir-akhir ini teknik promosi affiliate semakin popular digunakan di media sosial. Apatah lagi ia tidak memerlukan modal dan hanya bergantung kepada ketikan untuk menjana pendapatan. – BOOM!