Umum mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri berangkat menunaikan haji bersama ibu dan anak sulungnya, baru-baru ini.
Bagaimanapun pada awal pagi tadi, Aliff telah memuat naik hantaran di Instagram berkaitan hutang.
Menerusi ruangan kapsyen Aliff dilihat berang dengan seorang pengusaha tudung popular yang masih belum menyelesaikan hutangnya sehingga kini.
Menurut Aliff dia mendedahkan perkara tersebut di media sosial kerana tidak mendapat kerjasama daripada penghutang.
Aliff turut memberitahu, dia juga telah merujuk perkara tersebut kepada peguam lantaran sikap acuh tak acuh pengusaha tudung popular itu.
Dia juga mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video termasuk dokumen perjanjian untuk membuktikan kata-katanya.
Lebih mengecewakan kata Aliff, sudahlah meminjam jutaan ringgit tetapi berlagak pula sebagai mangsa, malah sanggup memburukkan dirinya kepada rakan-rakan lain.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff menasihatkan supaya dia fokus kepada ibadah haji.
Ada juga yang menyuruh Aliff supaya mendoakan agar hati peminjam terbuka untuk melangsaikan hutang-hutangnya. – BOOM!