Aktor Azhar Sulaiman naik hantu apabila seorang lelaki dipercayai sudah beristeri, meninggalkan komen biadab di laman sosial Instagram (IG) anaknya, Kasih Iris Leona.
Berang dengan komen lelaki tersebut, Azhar bertindak mendedahkan wajahnya di laman sosial dan mengajak individu tersebut bersemuka.
Susulan pendedahan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang berani meninggalkan komen lucah sedemikian.
“Melampau betul! Kalau orang komen nak pinjam bini dia, agaknya dia boleh relaks ke?”, tulis seorang pengguna laman sosial.
Ramai yang meminta Azhar mengambil tindakan undang-undang, namun aktor tersebut enggan kerana baginya, mendedahkan perbuatan individu terbabit sudah cukup sebagai pengajaran. – BOOM!