Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Pernah Busking Tepi Jalan, Dinda Dania Kembali Muncul Dengan Single Terkini Berjudul Lari-Lari

26/05/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Pernah Busking Tepi Jalan, Dinda Dania Kembali Muncul Dengan Single Terkini Berjudul Lari-Lari

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pernah mencari rezeki dengan ‘busking’ di sekitar ibu kota seawal usia 13 tahun, penyanyi remaja berbakat besar, Dinda Dania kini muncul dengan single terbaharu berjudul ‘LARI-LARI’.

“Saya mula menyanyi seawal umur 4 tahun, kemudian di usia 10 tahun saya rajin menyertai banyak pertandingan nyanyian di antaranya Bintang Kecil RTM 2016 dan Ceria Online Star 2020.

“Kemudiannya, Ceria Popstar 2021 dan yang terakhir adalah Ceria Popstar Xtra 2022 dimana saya dinobatkan menjadi juara lantas dilamar oleh pihak Rocketfuel untuk menjadi artis di bawah label mereka.

“Pihak Rocketfuel yang menentukan lagu pengenalan saya kerana mereka lebih arif apa yang sesuai dengan saya untuk ‘kick-off’ single pertama, selain mengambil kira trend lagu sekarang.

Single LARI-LARI merupakan lagu ciptaan barisan komposer terkemuka negara, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves, diterbitkan oleh jenama peneraju bidang hiburan tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Pengorbanan saya dalam bidang seni ternyata bukan sia-sia lagi apabila kini bergelar penyanyi sekaligus tampil dengan lagu sendiri, ibarat mimpi menjadi kenyataan, saya rasa sangat terharu dengan peluang yang diberikan oleh pihak Rocketfuel terutamanya,” jelas pemilik nama sebenar Dania Zafirah Sulaiman, 18 tahun.

Single pop ini bernuansa EDM (Electronic Dance Music) yang moden sesuai dengan halwa telinga pendengar zaman sekarang mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk dirakamkan, namun video muzik (MV) masih lagi dalam perancangan dan hanya lirik video sahaja yang diriliskan terlebih dahulu.

“LARI-LARI mengisahkan tentang seorang wanita yang terkejar-kejarkan cinta seorang lelaki namun dibayangi perasaan cemburu kerana lelaki yang disukainya sering dikelilingi oleh wanita-wanita lain, lalu wanita tersebut memendam perasaan cinta yang tidak kesampaian,” katanya.

Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment, berkata, Dinda merupakan di antara penyanyi pelapis tanah air yang patut diberi perhatian.

“Bakatnya dalam bidang nyanyian sememangnya terserlah dan tidak perlu diragui lagi kerana telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian sebelum ini.

“Saya berharap lagu LARI-LARI nyanyian Dinda mendapat perhatian dan menyerlahkan lagi bakat semula jadi yang dimilikinya, semoga Dinda terus sukses dan maju dalam industri hiburan negara kita.

Dalam pada itu Dinda berharap agar para peminat menyukai buah tangan sulungnya itu.

“Semoga peminat yang sudah mengenali saya sukakan lagu LARI-LARI ini dan terus memberikan sokongan terhadap perjalanan seni saya, serta jangan lupa untuk mendengar dan ‘download’ di kesemua ‘digital platform’!

Lagu ‘LARI-LARI’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – BOOM!

Previous Post

Nabila Huda Optimis Sambutan Hangat Peminat D’Masiv, Konsert Ditambah Sehari Lagi

Next Post

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Gagal Berdamai, Laporan JKP Sahkan Berlaku Shiqaq

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian Berakhir! Konsert KRU 2025 Mula Jadi Bualan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Bukan Melayu Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Belum Kahwin!” – Berat Badan Naik Mendadak, Ziema Din Sering Disalah Anggap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dini – Janna Bakal Nikah | Amaran Ayah Mark Adam | Lufya Tuntut RM1 Juta | Joe Flizzow Tolak AJL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ya, Saya Terlibat!” – Firdaus Wong Akui Dirinya Terbabit Dengan Kes Amang Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Dikecam Hisap Vape Depan Khalayak Umum, Mierul Aiman Tidak Gelabah – “Dia Cool Saja!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Belajar Untuk Terima Diri Sendiri” – Danial Mustaqim Mahu Berlakon Watak Romantis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dituduh Gay? Dr Say Kata – “Kami Hidup Bersama, Isteri Tahu Orientasi Seks Saya”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Suami Dituduh Scammer | Gimik Murahan | Belum Rezeki Remy | Erna Muncul Semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian Berakhir! Konsert KRU 2025 Mula Jadi Bualan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Saya Suka Body Awak…” – ‘Jantan Sangap’ Merengek Ganggu Zara Zya, Laporan Polis Sudah Dibuat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Bukan Melayu Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Gerak Solo Dulu” – Duo Kembar Razqa Amzar Dan Amsyar Sabri Berpecah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penginapan Artis Filem 3 Hajat Di TTS Staycation Chalet, Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yana Samsudin Teroka Bidang Perniagaan Baru, Tampil Dengan Produk Minuman Susu Oat Bagoos!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Lucah Pengacara Tular | Mawar Rashid Padam Gambar Suami | Sekolah Anak Aaron Aziz Diancam Bom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lagu Yataghayar Berunsur Kerohanian Islamik Serlah Sisi Lain Eddie G, Asfan Dan Luca Sickta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Gerak Solo Dulu” – Duo Kembar Razqa Amzar Dan Amsyar Sabri Berpecah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Bukan Melayu Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd