Pempengaruh Ubai menafikan hantaran yang dimuat naik kekasihnya, penyanyi Shila Amzah merupakan gimik untuk lagu terbaharunya.
“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu.
“Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.
“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” katanya.
Ubai turut memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik kepada dia dan Shila sambil menegaskan setiap hubungan pasti ada pasang surut.
“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik.
“Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.
“Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya.
Terdahulu, Shila seolah-olah memberi bayangan seperti sudah memutuskan hubungan cintanya dengan Ubai.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya telah mengucapakan terima kasih di atas segalanya selama lima bulan hubungan mereka jalinkan. – BOOM!
Sumber: ASTRO GEMPAK