Penyanyi Virgoun tampil mengakui kesilapan diri selepas isterinya, Inara Idol Rusli tampil mendedahkan tentang kemelut rumah tangga mereka.
Bagaimanapun Virgoun menerusi hantaran di YouTube berkata, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan dibuat isterinya sebelum ini.
BACA: Tolak Permintaan Buat Seks Ketika Puasa, Isteri Dedah Penyanyi Langgan Pelacur Demi Puaskan Nafsu
Kata Virgoun, dia bimbang sekiranya kenyataan yang dibuat akan melukakan hati anak-anaknya dan apabila ia diberitakan akan boleh dibaca sehingga mereka dewasa kelak.
“Saya tidak mahu melukakan hati sesiapa tambahan lagi anak-anak dengan cerita yang tidak enak tentang orang yang mereka sayang.
“Apatah lagi berita seperti itu akan kekal dan boleh dibaca mereka sehingga dewasa nanti,” katanya.
Menerusi hantaran sama, Virgoun mengakui pernah berlaku curang terhadap Inara.
“Umum mengetahui saya ciptakan lagu Bukti buat isteri pada tahun 2017. Tetapi selepas itu saya berubah dan curang terhadap isteri.
“Dengan berjalannya waktu, saya juga berubah dan menjadi lagu itu seperti berbohong. Mengapa saya berubah ketika itu biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diceritakan kepada semua orang.
“Saya menyesal kerana tidak tegas, jujur dan berani menyatakan ketika itu. Malah saya melarikan diri dan mencari penyelesaian di luar,” katanya sambil menangis teresak-esak.
Dalam pada itu Virgoun menegaskan dia merakam video pengakuan tersebut bukan untuk membela diri tetapi atas nama tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Video ini bukanlah untuk membela diri. Ini sebagai tanda anak-anak boleh melihat tanggungjawab saya terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
“Saya mohon maaf atas kekecohan yang telah terjadi. Ia sepatutnya menjadi hal dalaman keluarga namun telah dibuka seluas-luasnya,” ujarnya.
Sebelum ini, isteri Virgoun membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak, apatah lagi ia melibatkan perihal dalam kain suami isteri.
Virgoun dikatakan seorang yang ‘fetishistic’ dan pernah melanggan pelacur demi kepuasan seksualnya.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun. – BOOM!