Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Faham Situasi Mereka, Tetapi…” – Syafeek Keliru Salah Siapa?

13/10/2021
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Entertainment, Exposé
“Saya Faham Situasi Mereka, Tetapi…” – Syafeek Keliru Salah Siapa?

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sebaik terma syarat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, khalayak dilihat menyerbu lokasi perkelahan terutama yang berdekatan air terjun atau pantai.

Di sebalik keghairahan merai dan menikmati kebebasan usai ‘dikurung’ sekian lama, ramai pula yang alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), seolah-olah mensia-siakan keistimewaan diberikan.

Justeru, Syafeek Ikhwan terpanggil untuk menyuarakan kebimbangannya menyaksikan para pengunjung yang berasak-asak memenuhi kawasan tumpuan berkenaan.

“Secara peribadi, saya amat memahami situasi dialami mereka yang mendiami rumah sempit bersama ahli keluarga yang ramai.

“Jadi, apabila ada kesempatan, pastinya mereka tidak sabar untuk keluar dari kesempitan, mencari tempat yang lebih selesa.

“Sedangkan kita yang tinggal di rumah luas pun rasa macam terperangkap, inikan pula mereka yang terpaksa duduk di ruangan kecil,” katanya berkongsi pendapat kepada Boom!.

Paling penting, Syafeek mengingatkan, masing-masing perlu bertanggungjawab mematuhi SOP ditetapkan kerana negara masih belum bebas daripada cengkaman virus Covid-19.

“Sebaik-baiknya, ambil langkah pencegahan rapi dan teliti demi menghindar risiko dijangkiti penyakit, selain soal keselamatan,” ulasnya.

Menyentuh karier seninya, juara dunia I-Sing World 2018 itu berkata, kini dia menguruskan sendiri jadual pembahagian masa antara bidang nyanyian dan jawatan disandang.

Ujar penyanyi berusia 32 tahun itu, dia masih meneruskan tugas selaku pegawai eksekutif kerajaan di sebuah suruhanjaya dan fokus menyediakan program latihan serta pembangunan.

“Diakui, masa saya memang terhad antara tugas harian dan aktiviti nyanyian. Namun saya cuba imbangi sebaik mungkin.

“Khidmat di bawah suruhanjaya ini perlu diteruskan selaku penerima biasiswa tajaan sewaktu menuntut di sebuah universiti di Paris, Perancis suatu ketika dahulu.

“Tanpa bantuan, belum tentu keluarga saya mampu menanggung kos keseluruhan yuran pengajian di sana,” jelas empunya nama Muhammad Syafiq Ikhwan Ghazali itu.

Kali terakhir muncul dengan single berjudul Penjara, TikTok menjadi platform pilihan Syafeek demi meneruskan kesinambungan kerjaya nyanyiannya.

“Saya pilih TikTok sebab impaknya tidak sama dengan aplikasi media sosial lain.

“Awal-awal dulu memang terkejut, lama kelamaan pengguna TikTok lain beri sokongan yang baik,” katanya.

Meskipun sibuk, menyanyi tetap diutamakan dan Syafeek tekad takkan berhenti untuk membuktikan kehebatan suara dimilikinya agar kekal relevan dalam industri muzik tempatan.

Biarpun kekurangan dari sudut populariti, namun kualiti bakat seni yang dipersembahkan jadi faktor utama dia masih bertahan sejak kemunculan pertama pada 2015 berbekalkan debut Tanpa Arah.

Previous Post

“Tiada Siapa Pilih Penceraian” – Isteri Shuk Sahar Syukur Ditunjuk Jalan

Next Post

“Tiada Apa Nak Dikomen” – Akui Goyah, Siti Saleha Sah Fail Tuntutan Cerai

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Dia Raba Saya Atas, Bawah Sebanyak 3 Kali – Elly Arifin

    Dia Raba Saya Atas, Bawah Sebanyak 3 Kali – Elly Arifin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adele Pamer Cincin Tunang Mewah Di Konsert Las Vegas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jangan Bersikap Tunjuk Siapa Lebih Hebat – Erra Fazira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Biko Tu Filem Porno Ke?” – Penonton Persoal Adegan Intim Baby Shima Cium Azrel Ismail

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Tinggalkan Karier Lakonan, Katanya Sarah Hildebrand Dah Jadi Askar US?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nadia Annuar Serik Nak Kahwin Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Scammer Jaja Nama Zuhan Hamzah Rayu Pinjam Duit – “Mujur Kawan-kawan Saya Bijak”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Gerak Solo Dulu” – Duo Kembar Razqa Amzar Dan Amsyar Sabri Berpecah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Check-in’ Hotel Sama-sama, Jazmy Juma Dan Sanjna Suri Curangi Teman Masing-masing?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dia Raba Saya Atas, Bawah Sebanyak 3 Kali – Elly Arifin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jangan Bersikap Tunjuk Siapa Lebih Hebat – Erra Fazira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adele Pamer Cincin Tunang Mewah Di Konsert Las Vegas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Hanya SOG, Tidak Yang Lain?”- Warganet Persoal Tindakan Polis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Hancur Hati..” – Uyaina Arshad Risau Hantar Anak Ke Pusat Asuhan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Gerak Solo Dulu” – Duo Kembar Razqa Amzar Dan Amsyar Sabri Berpecah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lelaki BBNU 2023 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Kak KM Pakai Seksi Aku Tak Peduli, Tapi Dia Punya Hargai Mak Dia Tu Memang Aku Jeles!” – Kak KM Dipuji Warganet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zarina Anjoulie Malas Layan Fathia Latiff, Sedang Bahagia Bersama Tunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jangan Bersikap Tunjuk Siapa Lebih Hebat – Erra Fazira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Check-in’ Hotel Sama-sama, Jazmy Juma Dan Sanjna Suri Curangi Teman Masing-masing?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dia Raba Saya Atas, Bawah Sebanyak 3 Kali – Elly Arifin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd