Tindakan isteri kepada penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menimbulkan tanda tanya apabila dia hanya meninggalkan tiga keping foto dalam Instagram miliknya.
Lebih mencetuskan persoalan apabila Anis, 21, telah memadam foto-fotonya bersama Haqiem dan meninggalkan salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab.
BACA: Isteri Tak Bertudung, Padam Semua Foto Di Instagram, Respons Haqiem – “Maaf, Saya Tak Boleh Jawab”
BACA: Muat Naik Gambar Berdua, Anis Sofea Tepis Gosip Alami Krisis Rumah Tangga Dengan Haqiem Rusli
Bagaimanapun wanita itu bertindak menutup ruangan komen dipercayai bagi mengelak diserbu netizen yang sedang berteka-teki dengan tindakannya.
Foto terkini yang dikongsi Anis dalam Instagram kepunyaannya adalah gambar semasa sambutan 1 Syawal yang disambut siang semalam.
Pada gambar tersebut memperlihatkan Anis hanya mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya, namun rambutnya masih kelihatan.
“SHR (selamat hari raya),” tulis Anis pada ruangan kapsyen gambar tersebut.
Dalam IG Story, Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hanya berkongsi gambar dirinya bersama beberapa orang wanita dipercayai iparnya dan anak kecil.
Sementara itu, dalam Instagram Haqiem mendapati penyanyi lagu Tergantung Sepi itu masih menyambut Aidilfitri seperti biasa, namun kelibat Anis tidak kelihatan menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan.
Untuk info, Haqiem dan Anis selamat mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Cyberjaya. Namun, pasangan muda itu masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. – BOOM!