Tatkala banyak pihak bercakap tentang auratnya yang masih terdedah biarpun baru saja pulang dari Tanah Suci bagi menunaikan umrah, Daiyan Trisha tampil bersuara.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menegaskan, apa yang dilihat oleh khalayak dari luaran tidak melambangkan nurani hatinya.
“Proses menutup aurat ini lain-lain bagi setiap individu. Ada yang pakai cabut, pakai cabut. Tak mengapalah, mereka pun mencuba. Siapa kita untuk menghakimi?
“Untuk kaum wanita, mudah sangat dihukum atas pakaian yang dipakai sebab senang bagi manusia berbuat begitu.
“Takkanlah saya balik umrah, mereka tengok pakaian saya sahaja? Tapi, itu yang paling dilihat dan paling senang untuk mencari salah.
“Orang tak boleh nampak hati saya. Apa yang mereka nampak adalah luaran saya. Jadi, saya faham apabila khalayak ‘judge’ saya bila tak pakai tudung,” katanya.
Daiyan baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah beberapa minggu lalu untuk kali kedua menjadi tetamu Allah dengan ditemani ibu tercinta, Samsiah Mohd Nor. – BOOM!
Sumber: KOSMO!