Diibaratkan manusia tak makan dek saman, Raja Afiq sekali lagi menimbulkan kontroversi, lantas mengundang kecaman terhadap tindakan dangkalnya.
Membuat reviu berbaur seks dan kemudiannya memuat naik di akaun Instagram, perbuatannya itu dianggap melampau seolah-olah berada dalam keadaan terdesak memerlukan kewangan.
“Agak susah saya nak jelaskan situasi yang dihadapi. Mereka (warganet) tetap takkan faham walau diberi penjelasan.
“Dah banyak kali saya tolak permintaan sebegini. Tetapi peniaga produk tidak henti-henti memujuk.
“Sebabkan kasihan dan ingin membantu, saya buat juga reviu diminta. Kadang-kadang tu tak sampai hati dengar mereka rayu,” jelas pelakon berusia 27 tahun itu.
Menurut Afiq, niatnya menawarkan khidmat reviu sekadar mahu tambah pendapatan memandangkan setiap ulasan ada caj dikenakan.
“Saya tidak hadkan sebarang syarat tertentu, asalkan proses mempromosikan barangan atau perkhidmatan itu nampak mudah dan ringkas,” ujarnya.
Baru-baru ini, hantaran video memaparkan sebahagian payudara wanita mengakibatkan banyak pihak marah kepadanya.
Membaca komen-komen pengikutnya, empunya nama penuh Raja Muhammad Afiq Raja Razali itu seolah-olah tak rasional dan hilang pertimbangan untuk menentukan baik buruk kelakuannya.
“Tak fikir ke soal dosa pahala? Macam dah tak ada otak pula buat reviu cara ini!” pertikai seorang wanita melepaskan geram.
“Kalau sengkek sangat nak cari duit, jual makanan atau minuman tepi jalan lebih bagus berbanding buat benda tak senonoh,” pesan individu di samping memberi cadangan.