Selepas 23 hari tida bertemua anaknya, kerinduan pelakon dan pengarah, Farid Kamil terhadap permata hatinya terubat apabila dapat meluangkan masa dengan anak sulungnya Muhammad di Masjid Negara, semalam.
Farid berkongsi momen bahagia itu menerusi ruangan Insta Storynya.
“Dia puasa hari ini. Bagus Muhammad,” katanya.
Video berdurasi tidak sampai seminit itu menunjukkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu sedang solat.
Sementara itu, dalam hantaran lain menunjukkan mereka berada di sebuah ruangan sambil mengulang semula babak dalam filem Anwar: The Untold Story.
Muhammad dilihat seolah-olah melakonkan semula adegan dibawakan bapanya seperti dalam filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 11 Mei depan.
Aktor berusia 42 tahun itu turut kedengaran melafazkan dialog yang cukup sinonim dengan watak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibawakannya.
“Jangan kita biarkan kezaliman dalam bentuk apa sekali pun. Jangan kita biarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.
“Muhammad, reformasi!” katanya sambil meminta putera kesayangannya itu melaungkan perkataan reformasi.
Sebelum ini, media melaporkan Farid mendakwa sudah 23 hari tidak dapat bertemu mahupun berhubung dengan dua anaknya.
Pada 20 Mac lalu, Diana yang juga aktres memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.
BACA: Tiada Persefahaman, Diana Danielle Tuntut Cerai Terhadap Farid Kamil Kerana Shiqaq
Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pasangan yang mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammadvdan Nur Aurora, lapan tahun. – BOOM!