Usahawan kosmetik, Safiey Illias mendedahkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu sebanyak RM4 juta disebabkan satu hantaran di Twitter.
Jelas Safiey, saman dan laporan polis akan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana telah menerbitkan sesuatu yang jelik untuk tatapan umum.
“Saya nak saman individu ini dan lapor polis di bawah Akta Hasutan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menerbitkan sesuatu yang jelik di media sosial. RM 4 juta. Tunggu ya,” maklumnya.
Ditanya alasannya menyaman individu terbabit, Safiey mengatakan ia sebagai pengajaran buat sesiapa yang suka mempersendakan orang lain.
Sebelum ini, tular di Twitter mengenai satu entri video dimuat naik oleh seorang wanita yang mendakwa terdapat individu menyerupai wajah usahawan tersebut. – BOOM!