Pelakon Mawar Rashid mengumumkan telah menukar nama cahaya mata ketiganya Raden Sri Riyanna Sayang kepada Raden Seri Roseanna Camilya.
Perkara tersebut diumumkan Mawar menerusi hantaran di Instagram (IG)nya, pada Isnin lalu.
Dalam posting tersebut Mawar telah turut memuat naik video ketika sesi fotografi Raden Seri Roseanna bertemakan Snow White.
“Raden Seri Roseanna Camilya. Yes tukar nama sebab nak anak-anak perempuan semua ada ‘rose’.
“Doakan baby Lya jadi anak solehah ya semua. Amin,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan doa buat Raden Seri Roseanna Camilya agar membesar menjadi anak solehah serta membesar dengan sihat.
“Omeyyy ❤❤❤ semoga menjadi anak solehah,” ucap Janna Nick.
Untuk rekod, Mawar telah melahirkan cahaya mata ketiganya itu sebuah pusat perubatan di Selangor pada 21 Januari 2023.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob, adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada November 2017.
Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Mawar juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu. – BOOM!