Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Da Unknown Buktikan Bukan Perosak Industri, Tampil Dengan Single Ketiga Berjudul ‘Cinta Hati’

18/03/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Extra
Da Unknown Buktikan Bukan Perosak Industri, Tampil Dengan Single Ketiga Berjudul ‘Cinta Hati’

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pernah terasa hati apabila digelar kumpulan baru akil baligh dan dituduh menjadi perosak industri, kumpulan Da Unknown buktikan tanggapan tersebut salah.

Tambahan lagi Da Unknown berjaya dengan beberapa single sebelum ini.

Bermula dengan kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih lebih 2.1 juta tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000 tontonan, kini kumpulan ‘boyband’ Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk Cinta Hati.

Kumpulan yang dianggotai empat anak muda kacak iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 21; Izmeer Ibrahim (Izmeer), 20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 19, tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan single baharu selepas kali terakhir pada awal tahun ini.

Cinta Hati hasil ciptaan sepenuhnya oleh Momo sudah dilancarkan di kesemua platform digital manakala muzik video sudah boleh ditonton sejak 25 November lalu.

Bercerita mengenai single Cinta Hati, Momo berkata, sebagai pencipta lagu dia mendefinasikan lagu itu sebagai karya yang ‘sweet’ dan ‘sexy’.

“Lagu ini mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati dalam diam. Lelaki itu berjanji tidak akan sesekali berputus asa untuk memenangi hati wanita ini.

“Malah menerusi lagu ini juga saya sudah membahagikan bahagian yang perlu dinyanyikan oleh setiap anggota kumpulan Da Unkown supaya proses rakaman berjalan dengan lebih mudah dan cepat.

“Pada awalnya, saya tiada idea untuk buat lagu ini. Namun apabila mendengar dua buah lagu dari Indonesia dan Korea Selatan, saya terdetik nak cabar diri menghasilkan lagu yang ada elemen baharu dan tidak pernah saya terokai.

“Alhamdulillah selepas dua jam mengerah idea saya berjaya menyiapkan lagu ini dan boleh dikatakan antara karya yang paling cepat saya siapkan sepanjang seumur hidup saya,” katanya.

Ditanya mengenai keunikan lagu tersebut, Ameer berkata, lagu ini berbeza dengan single kedua berjudul Tersakiti dan yakin lagu terbabit akan mudah diterima oleh peminat.

“Ketika mendengar melodi lagu ini, saya dapat rasakan peminat akan menyukainya. Malah peminat yang mendengar akan berasa diri mereka sedang jatuh cinta walaupun mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman itu lagi,” katanya.

Melihat keakraban lima sahabat ini di akaun media sosial, maka tidak hairanlah Da Unkown mudah mencipta keserasian dan faham selok-belok dunia nyanyian.

Kata Izmeer, proses rakaman tidak memakan masa yang lama memandangkan ini adalah single ketiga mereka.

“Malah ketika melakukan proses penggambaran untuk muzik video pun kami sudah tahu apa yang kami ingin laksanakan. Walaupun masing-masing memiliki visi dan idea yang berbeza untuk muzik video ini, tapi kami berjaya mencapai jalan penyelesaian untuk setiap idea yang dicurahkan.

“Secara peribadi, saya menikmati proses penggambaran untuk muzik video ini dan boleh dikatakan kali pertama kami berjaya menemui jalan cerita yang menarik dan tersusun. Saya seronok apabila semuanya berjalan dengan lancar,” kata Izmeer.

Dalam pada itu, Zaq berharap lagu tersebut dapat diterima ramai dan mencipta fenomena baharu selepas kejayaan Jangan Marah (Baby Sayang).

“Saya harap lagu ini akan digemari ramai kerana melodinya cukup romantis dan akan menggembirakan hari-hari anda. Saya juga berharap lagu ini akan meletup seperti lagu Jangan Marah (Baby Sayang) atau mencetuskan fenomena baharu.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat yang sehingga kini menyokong perjalanan karier muzik kami. Saya berharap lagu ini akan menjadi hadiah terindah kepada anda,” katanya.

Single Cinta Hati sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 25 November yang lalu manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Ace Talents. – BOOM!

Previous Post

Uqasha Dituduh Pembuli | Wani Lancar Tabung | Intan Salleh Perkenal Peguam | Artis Komedi Bikin Kecoh

Next Post

‘Menyesal’ Kolaborasi Luar Biasa Yovie Widianti, Lyodra, Tiara Andini Dan Ziva Magnolya

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] “Wow, Sendat… Sedap!” Kongsi Foto Pakai Bikini, IG Adeline Tsen Dihujani Komen Lucah

    [VIDEO] “Wow, Sendat… Sedap!” Kongsi Foto Pakai Bikini, IG Adeline Tsen Dihujani Komen Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anne Ngasri Akui Masih Mahu Berlakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lelaki BBNU 2023 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Daripada Tak Kenal, Kini Beduet – Nabila Razali, Renggo Arrow Kongsi Pentas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Jalani IVF Tahun Hadapan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cucu Penyanyi Terkenal Era 70-an Didakwa Amang Seksual Sepupu Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Alhamdulillah, Lepas Hajat” – Menang Saman, Balu Abam Bocey Sedekahkan Buah-Buahan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kini ‘Single’ Tapi Tak ‘Available’…” – Nadia Annuar Bercerai Kali Kedua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Pengarah Ellie Suriaty, Kisah Saadiah Ini Pula Zaman Dia…” – Sebab Ayu Puteh Pilih Khatijah Tan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Tolong, Sejak Pukul 4 Pagi Tadi Dia Hilang!” – Apa Sudah Terjadi Kepada Zul Yahya?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Artis Lain Buat Hal, Kami Pula Kena” – Ani Maiyuni Kecewa Penyanyi Dangdut Dipandang Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Bukan Saya!” – Ramai Yang Keliru Antara Personaliti Siti Khadijah Dengan Siti Hariesa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kini ‘Single’ Tapi Tak ‘Available’…” – Nadia Annuar Bercerai Kali Kedua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Penyanyi Rock Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Mahu Diberikan Lebih Perhatian” – Rintih Arill Fesol Kepada Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd