Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa enggan mengulas lanjut khabar angin mengenai kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan suami, Engku Emran yang didakwa sudah bercerai.
Neelofa ketika ditemui BOOM! berkata, dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai khabar angin tersebut.
“Saya tidak mahu komen apa-apa, lebih baik saya tidak komen apa-apa, saya doakan dia (Noor Nabila),” katanya.
Bagaimanapun kata Neelofa, dia mengharapkan yang terbaik buat rumah tangga kakaknya itu.
“Sudah tentu sebagai adik-beradik…Saya adik kan? Keluarga semua mengharapkan yang terbaik, tapi tak nak komen apa-apa,” katanya.
@boom.malaysia Mestilah sebagai adik beradik Neelofa harapkan yang terbaik untuk mereka #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #icon #idol #no1 #viral #trending #fyp #hot #nocomments #nabila #neelofa ♬ original sound – Boom! Malaysia
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu, ada khabar angin mengatakan Noor Nabila dan Engku Emran kini bukan lagi suami isteri.
BACA: Didakwa Tinggal Berasingan Sejak Dua Tahun Lalu, Engku Emran Dan Noor Nabila Bercerai?
Malah, ada sumber rapat yang mendakwa pasangan tersebut sudah lama berpisah dan sudah tidak lagi sebumbung.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. – BOOM!