Diva ternama Hollywood, Britney Spears mungkin membuatkan banyak mata terbeliak gara-gara menatap gambar bogelnya di Instagram.
Britney atau Britney Jean Spears, 40, didapati berkongsi beberapa keping foto mendedahkan keseluruhan sosok tubuhnya tanpa seurat benang dan cuma ditutupi emoji berbentuk bunga di bahagian alat sulit.
Foto-foto berkenaan dipercayai dirakam Britney sendiri ketika sedang menikmati percutian di sebuah pulau peranginan.
Justeru, tindakan penyanyi lagu Oops I Did It Again itu turut mengundang spekulasi dalam kalangan warganet yang berpendapat Britney sedang memberitahu dunia bahawa dia kini sudah ‘bebas’.
Terdahulu, media Barat melaporkan, bapanya iaitu Jamie Spears tidak lagi diberi kuasa mengawal kehidupannya sementelah 13 tahun terpaksa hidup di bawah pengawasan.
Bahkan bintang yang tidak sunyi daripada deretan kontroversi itu juga tidak dibenarkan untuk hamil atau menjalani rawatan kecantikan.