Memiliki rumah idaman hasil pembelian titik peluh sendiri sememangnya menjadi impian setiap orang.
Tidak terkecuali menyimpan hasrat tersebut adalah penyanyi popular, Nabila Razali, 28, yang berjaya merealisasikan keinginannya.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, pelantun lagu Peluang Kedua itu telah berkongsi kejayaannya membeli sebuah rumah dua tingkat.
Nabila turut berkongsi beberapa keping foto memperlihatkan dia sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah baharunya sambil memegang gugusan kunci.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Satu lagi pencapaian diraih. Rumah impianku,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Di bahagian komen pula, rata-rata pengikut media sosialnya menumpang rasa bangga atas perkhabaran positif dikongsi Nabila.
Bahkan kalangan selebriti juga mengunjurkan ucapan tahniah serta memuji usaha artis itu yang mampu mengumpul aset penting tatkala usianya masih muda.
Apapun, warganet yang selalu kutuk Nabila tu dah ada rumah sendiri ke? Boom! cuma bertanya, jangan tersentap pula ya?