Tidak pasti ditujukan kepada siapa, beberapa hantaran dibuat Farid Kamil, 42, menerusi Instagram menimbulkan teka-teki.
Dalam entrinya, Farid secara amnya mengutuk perbuatan lelaki memukul wanita yang boleh meninggalkan trauma buat jangka masa panjang.
“Nak jadi KL ‘g’ bersongkok pun, tak boleh pukul wanita ni Da’i hoi. Mesti ada sesuatu yang cukup istimewa pasal dia kan?
“Sebab laporan 2005 hingga 2020 mengenai pukul wanita tak akan ada tindakan (NFA), hari ni pukul lagi.
“Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023? Macam filem, kita putar semula roda-roda kehidupan. Besar kuasa Allah kalau nak bandingkan dengan #AlhamduRinggit kau itu?” tulisnya.
BACA: Kecewa Syamsul Enggan Ceraikannya, Sarah Terpaksa Buka Rahsia – “Saya Pernah Dipukul!”
Dalam beberapa hantarannya, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut berkias dalam tulisannya.
“Untuk rekod ya, dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005, laporan tapi tiada tindakan (NFA). Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali, sindir Pak Abu.
“Trauma sampai sekarang. Kasihan. Tak ada siapa boleh ‘back up’ (lindungi) orang trauma ini tahu Dol.
“Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi. Ambil gambar senyum dengan gigi palsu itu jari kasi tunjuk atas? Macho ke pukul wanita ini Dol?” tulisnya.
Sementara itu, usaha menghubungi Farid bagi mendapatkan penjelasannya berhubung hantaran itu tidak berjaya kerana kiriman mesej tidak dibalas.
BACA: [V] Bertahun-tahun Simpan Rahsia, Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam Dipukul Bekas Kekasih
Untuk rekod, isteri Farid yang juga pelakon Diana Danielle pernah membuat pendedahan dirinya menjadi mangsa dipukul bekas teman lelakinya.
BACA: “Saya Tak Nak Cari Gaduh” – Diana Danielle Tidak Sengaja Dedah Kisah Didera Bekas Kekasih
Perkongsian itu dibuat pada Disember tahun lalu, ketika sesi temubual bersama pengacara, Amelia Henderson.
Menurut Diana, kejadian berlaku ketika dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – BOOM!
Sumber: HARIAN METRO