Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, akhirnya bersuara selepas sekian lama mendiamkan diri berkaitan isu ketiadaan Shuib bersamanya dalam kumpulan Sepahtu.
Jep menerusi hantaran di laman sosial menjelaskan, Sepahtu tidak pernah membuang Shuib, malah sudah memujuk dan mempelawa pelawak tersebut untuk menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL) selepas dia digantung gara-gara beraksi lucah.
BACA: [VIDEO] “Mereka Lebih Tahu” – Shuib Dedah Punca Dia Tinggalkan Sepahtu Reunion
Menurut Jep, sudah tiba masanya dia menceritakan hal sebenar supaya tidak ada lagi pihak yang tertanya-tanya mengenai Shuib, disamping untuk mengelakkan buruk sangka dan fitnah.
“Assalamualaikum, hari ini dengan gerak dan izin-Nya, saya rasa sudah tiba masa untuk hentikan sinetron yang dimainkan ini.
BACA: “Kami Semua OK, Selalu Main Golf Sama-sama” – Sepahtu Sedia Jalin Kerjasama Dengan Shuib
“Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk pastikan media sentiasa menulis fasal diri saya.
“Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini memandangkan saya akan ceritakan punca dia tiada dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjadi fitnah.
“Ini juga kerana dia selalu keluarkan jawapan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.
BACA: “Suka-suka Saja” – Lakonan Siti Nurhaliza Dalam Sepahtu Reunion Live Dapat Pujian Penonton
“Ceritanya bermula apabila babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk penonton kerana beraksi lucah.
“Aksi itu dibuat menerusi babak dia sedang mesin kelapa. Jadi, pihak Astro mengarahkannya agar meminta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.
“Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur,” jelas Jep.
Bagaimanapun kata Jep, Shuib masih tidak berpuas hati dengan pihak produksi walaupun sudah membuat permohonan maaf dan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama SRL, walaupun program tersebut masih berbaki 50 episod lagi.
“Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung dua minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.
“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.
“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya perhati saja,” luah Jep kecewa.
Tambah Jep lagi, dia tidak mahu masuk campur dengan keputusan (tidak mahu terlibat dengan SRL) yang diambil, walaupun dalam masa yang sama masih mengharapkan Shuib kembali.
“Fikiran saya, tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia, terpulanglah. Sepahtu tidak pernah buang dia. Malah di satu waktu, kami yang tertunggu-tunggu dia kembali.
“Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu. Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi.
“Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan.
“Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Di mana pun dengan siapapun. Semoga berjaya,” katanya.
Terdahulu, Shuib telah memberi kenyataan kepada mStar mengenai kemelut dirinya bersama Sepahtu.
Perkara tersebut kemudiannya menarik perhatian Jep untuk membuat kenyataan melalui laman sosialnya, pada petang Ahad. – BOOM