Buat kali pertama pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal.
“Teruja dan dalam masa sama gementar, sebagai ibu bapa, anak kita masih kecil, baru setahun lebih. Apa-apa pun kita kena pastikan dia punya vaksin dan suntikan lengkap untuk umur dia.
“Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia. Batuk, selesema, demam, semuanya kita dah minta doktor sediakan. Selain itu doa banyak-banyak,” kata Neelofa.
Neelofa dan suami ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama Omrah Travel yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mohon doa untuk kesihatan mereka sekeluarga, Haris akui dia dan isterinya sudah lama menyimpan hasrat untuk bawa Bilal ke Tanah Suci.
“Doa la sebab anak kan, biasanya bila di luar negara ni ramai orang keluar masuk. Kita doakan Allah berikan kesihatan yang baik,” ujarnya yang turut membawa ahli keluarga dari kedua-dua pihak.
Neelofa, Haris, dan anak mereka mengikuti agensi Omrah Travel untuk menunaikan umrah selama 12 hari 10 malam, bermula semalam (Khamis). – BOOM!
Sumber: GEMPAK