Pasangan popular yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung iaitu Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendedahkan wajah bayi mereka kepada umum.
Ayda dan Nabil masing-masing telah memuat naik sebuah video mempamerkan wajah bayi perempuan mereka yang diberi nama Ana Nayla.
Menariknya, warganet terpesona melihat mata bayi pasangan tersebut yang seakan-akan berwarna kelabu.
Rata-rata mereka memuji kecantikan mata dimiliki Ana yang dilahirkan pada 21 September lalu.
Bahkan, bayi itu juga sudah mememiliki akaun Instagram sendiri dan sehingga kini berjaya mengumpul lebih daripada 28,000 pengikut.
Boom! juga terpegun melihat kecomelan Ana biarpun baru berusia beberapa hari dan didoakan membesar sebagai anak yang solehah.