Pelakon dan pempengaruh, Aeril Zafrel berang apabila namanya dikaitkan dengan khabar angin mengenai pasangan popular yang didakwa menindas staf yang bekerja di syarikat mereka.
Aeril menerusi hantaran di media sosial turut meluahkan rasa berang terhadap penulisan sebuah blog yang seolah-olah mengiyakan khabar angin tersebut.
“Kau dapat info daripada mana ni? Aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas! Gila punya statement!,” selar Aeril.
Terdahulu, blog tersebut telah menulis artikel mengenai seorang individu yang mendakwa pasangan popular menindas staf yang bekerja untuk syarikat mereka.
Dakwa individu itu, pasangan tersebut telah memotong gaji semua pekerja sebanyak 35 peratus dengan alasan tidak mencapai sales target.
Pasangan itu juga dikatakan telah menetapkan setiap pekerjaan dilakukan staf adalah bersandarkan KPI, namun tidak pernah menandangani sebarang perjanjian mengenai perkara tersebut.
Lebih membuatkan staf tidak berpuas hati adalah syarikat milik pasangan tersebut mendapat hasil jualan yang ‘meletup’ tahun lepas. – BOOM!