Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan ke atas pelakon Alec Baldwin berhubung kematian seorang kru produksi filem Rust pada 2021.
Dengan keputusan itu, veteran Hollywood berusia 64 tahun terbabit bersama penyedia senjata api dan peluru di set filem tersebut, Hannah Gutierrez-Reed terlepas daripada hukuman penjara lima tahun.
BACA: Kru Produksi Filem Rust Mati Ditembak Aktor Alec Baldwin
Pada 21 Oktober dua tahun lalu, Baldwin melepaskan tembakan daripada pistol prop ketika berada di set filem lakonannya itu, lantas membunuh ahli sinematografi, Halyna Hutchins, 42 serta mencederakan pengarah, Joel Souza. – BOOM!