Selepas mengasaskan akademi filem dan hab pendidikan khas, aktivis seni dan politik, Dr Ahmad Idham Nadzri memanjangkan langkahnya melalui perniagaan bakeri Jeju Bakery & Bagels Cafe bersama rakan kongsi dari Korea Selatan, Kwon Nam Cheol.
“Umum tahu produk dari Korea Selatan sentiasa mendapat tempat kalangan masyarakat kita kerana kualiti dan keistimewaannya.
“Saya sering berurusan dengan Nam Cheol sejak beberapa tahun lalu.
“Melihat beberapa peluang yang ada, kami bersetuju untuk menjadi rakan kongsi dan memeterai kontrak bersama syarikat EcoJFood Co Ltd dari Pulau Jeju,” katanya.
Menurut Idham, antara peluang akan diwujudkan adalah dengan menawarkan pembukaan francais dan ejen kepada anak tempatan di seluruh Malaysia.
Sebagai permulaan, lebih 30 jenis produk bakeri popular dari Pulau Jeju akan dibawa masuk ke Malaysia.
Malah, Jeju Bakery & Bagels Cafe pertama dijangka memulakan operasinya pada penghujung Mac ini. – BOOM!