Keadaan pelakon, Hairul Azreen stabil selepas menjalani pembedahan pada lutut kiri akibat kecederaan ligamen krusiata anterior (ACL), semalam.
Hairul berkongsi keadaan terkini menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
“Tiga jam selepas pembedahan ACL,” tulisnya.
Hairul mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani penggambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.
Dalam pada itu, beberapa rakan artis tampil memberi kata semangat dan mendoakan kesembuhan Hairul.
“Semoga cepat sembuh,” tulis Fattah Amin.
“Semoga cepat sembuh Hairul… Banyakkan rehat,” komen Tomok.
“Oh tidak… Saya tahu apa yang anda rasakan, saya juga mengalami perkara sama dan ia tidak menyenangkan. Tetapi, saya pasti anda akan segera sembuh berbanding orang lain,” tulis Raja Ilya. – BOOM!