Aktor popular yang sering membintangi naskhah aksi, Hairul Azreen menerusi Instagram memaklumkan berita duka apabila tercedera sewaktu menjalani penggambaran filem The Original Gangster.
“Duka cita dimaklumkan, saya tidak dapat meneruskan baki penggambaran filem The Original Gangster.
“Ia kerana masalah ACL yang menyebabkan ligamen lutut kiri saya putus. Minta maaf kawan-kawan dan seluruh pasukan produksi atas kesulitan ini.
“Dah sampai masa untuk saya berehat,” katanya memetik tulisan kapsyen dimuat naik bersama beberapa keping foto.
Menerusi ruang komen, ramai rakan artis terutama barisan pelakon filem Malbatt: Misi Bakara seperti Shaheizy Sam, Ikhram Juhari, Gambit Saifullah, Arwan Umar dan Hakim Nordin sempat mendoakan agar Hairul lekas sembuh. – BOOM!