Pelakon Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding kes hina mahkamah ke atas madunya Ira Kazar, kakak serta bapa mereka, pelakon veteran, Kazar Saisi.
Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah memberitahu, Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
Menurut Akberdin, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya iaitu Yasmin dan Kazar.
“Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan tetapkan tarikh untuk mereka jawab permohonan kami,” katanya.
Terdahulu, Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Jan lepas terhadap ketiga-tiga individu terbabit atas dakwaan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi diperoleh Sarah sebelum ini.
Pada 16 Janauri lepas, ibu kepada dua anak berkenaan telah memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. – BOOM!
Sumber: SINAR HARIAN