Pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad menerusi Instagram miliknya hari ini telah memuat naik satu entri yang membuatkan pengikutnya keliru dan tertanya-tanya.
Malah ada juga yang mendakwa Wanns sengaja mahu mencetus sensasi bagi menarik perhatian umum dengan konten yang disifatkan tabu oleh segelintir orang.
BACA: Selamba Sembang Fasal Onani, Sebetulnya Wanns Ahmad Nak Kenalkan Makhluk Jalang Terbuang
“Kepada yang berumur 18 tahun ke atas. Tolong! Siapa tahu cara untuk hentikan tabiat buruk onani sebelum tidur?
“Tolong bagi cadangan dan pendapat,” memetik kata-kata empunya nama penuh Wan Nursalam Wan Ahmad, 32, itu.
Berkata kepada BOOM!, Wanns berpendapat, gejala beronani di era moden ini seakan-akan sukar dibendung.
BACA: “Habis Tu Kau Nak Aku Buat Apa Lagi?” – Wanns Ahmad Bengang, Tekad Hapuskan Zizan Razak
“Saya yakin dan percaya, ramai lelaki khususnya golongan muda atau bujang berdepan masalah ini.
“Risiko atau keburukan daripada tabiat beronani sebelum tidur ini banyak mudaratnya.
“Saya sehingga kini masih belum menemui ubat atau rawatan terbaik untuk menanganinya,” akui pemuda berasal dari Kelantan berkenaan.
Justeru, Wanns berharap agar ada pihak sudi berkongsi petua atau kaedah terbaik menangani gejala tidak bermoral dan boleh memudaratkan kesihatan itu dengan efektif. – BOOM!