Pasangan pengantin baharu, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau mesra disapa Opai kini meraih perhatian ramai.
Berdasarkan video perkongsian mereka, Fatin dan Opai dilihat berada di sebuah kedai, malah aktres Tentang Bulan itu sedang sibuk memilih kain tudung.
Fatin yang cuba berjinak-jinak memakai hijab meraih sokongan penuh suaminya sementelah membeli sebanyak 19 helai tudung yang harga keseluruhannya hampir mencecah RM5,000.
Dalam video tersebut, Opai meminta Fatin untuk mengambil sebanyak tudung yang dimahukan.
“Ambil saja banyak mana sayang nak. Kayuh perlahan-lahan ya sayang,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak terkejut dengan jumlah pembeliannya kerana percaya Opai sangat mampu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji Opai menjadi seorang suami yang menyokong, serta memberikan masa dan tidak memaksa isterinya untuk berhijab.
Sebelum ini, pasangan ini menjadi perbualan selepas Opai berkongsi jumlah pendapatannya untuk seminggu berjumlah RM76,000. – BOOM!