Pelakon Syafiq Kyle berkongsikan perkhabaran gembira apabila mengumumkan bakal menikahi kekasihnya, aktres Mimi Lana pada tahun ini.
Syafiq bagaimanapun berkata, tarikh majlis hari bahagianya belum boleh dikongsikan lagi kerana persiapan sedang dilakukan.
“Alhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.
“Insya-Allah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani nak sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.
“Memangndangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi Insya-Allah, tahun inilah,” katanya.
Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ketika ditemui berkata, dia dan Mimi yang juga pelakon sudah menghadiri kursus kahwin, baru-baru ini.
“Soal persiapan buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadir.
“Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada memuat naik gambar ‘selfie’ ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan,” akuinya.
Ditanya mengenai persiapan Mimi, aktor kacak itu mengatakan, ia berjalan lancar serta berharap urusannya untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.
“Semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-bak,” pintanya. – BOOM!
Sumber: Media Hiburan