Isteri pertama pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana nekad dengan pendiriannya mahu memfailkan penceraian selepas lapan tahun berumah tangga.
Puteri Sarah menerusi temubual esklusif yang dimuat naik Hlive menerusi laman sosial Instagram (IG) berkata, kemusnahan sudah pun berlaku dan dia akan bertemu Syamsul di mahkamah.
“Kemusnahan sudah pun berlaku, saya akan failkan cerai. Kalau ada apa-apa nanti kita sambung di court (mahkamah) sahaja,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu Syamsul sudah tidak lagi menyekatnya nombor telefonnya.
“Intipatinya nak ajak berbincanglah…Saya pun tak pasti bila dia buka sekatan tu,” katanya.
Menerusi rakaman video tersebut Puteri Sarah turut berkongsi rasa pilu ketika pertama kali melihat video bapa mentuanya menangis.
“Saya tahu ada segelintir yang kata jangan percaya bila pelakon menangis dekat TV. Orang yang melalui kepedihan ini sahaja akan tahu benda tu betul, datang dari hati. Kekecewaan seorang bapa.
“Saya rasa sedih sangat bila lihat bapa mentua saya menangis,” kongsi Puteri Sarah lagi.
Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara dia dengan isteri pertama serta ahli keluarganya.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – BOOM!