Pempengaruh sosial media terkenal Indonesia, Ria Ricis dan suaminya, Teuku Ryan disekolahkan netizen dan dituduh mengabaikan keselamatan bayi mereka, Moana, 5 bulan.
Semuanya gara-gara pasangan tersebut membawa puteri sulung mereka menaiki jet ski tanpa jaket keselamatan.
Apa yang mencetus kemarahan netizen ialah apabila, Ria dan Ryan dilihat memakai jaket keselamatan, tetapi Moana tanpa sebarang perlindungan keselamatan.
Lebih teruk lagi apabila Moana hanya didukung bapanya dan pasangan tersebut kelihatan gembira tanpa perasaan.
“Naik ATV tapi ngantuk. Terima kasih ya Moana, sudah bekerjasama dengan baik. We love you, Moana,” kata Ria Ricis seperti yang dilaporkan Detik.com.
Kata Ria, dia hanya mahu anaknya mengenal dunia sukan ekstrim dan akan menyukainya satu hari nanti.
Sementara itu, di ruangan komen netizen menasihati Ria dan Ryan supaya lebih cakna dan berhati-hati pada masa akan datang kerana malang tidak berbau.
Mereka juga mengecam Ria kerana mendedahkan anaknya dengan aktiviti tidak sesuai dengan usianya.
Kata netizen lagi, pasangan suami isteri itu sepatutnya berfikir lebih matang untuk menghasilkan konten bukan sekadar mengejar ‘likes’ semata-mata. -BOOM!
Sumber: Detik.com