Sekiranya anda mengikuti perkembangan pergolakan rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, pasti isu itu semakin mendebarkan.
Terbaru, ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail memuat naik hantaran seakan menegaskan tidak akan memaafkan pihak ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga anaknya.
“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka,” katanya.
Menerusi hantaran lain, Fatimah mengimbau kenangan Syamsul dan Puteri Sarah bersama anak sulung mereka iaitu Syaikhul Islam sewaktu menyambut perayaan tahun baru pada 2018.
Kemelut rumah tangga Syamsul mengundang perhatian ramai selepas Puteri Sarah memberi bayangan suaminya itu sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.
Baru-baru ini, Syamsul melalui siaran secara langsung di Instagram berjanji akan menbawab semua persoalan berhubung spekulasi dalam rumah tangganya.
Syamsul berharap, penjelasan itu akan menamatkan segala desas-desus berkait krisis rumah tangganya. – BOOM!