Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa pelik dengan tindakan anaknya, Syamsul Yusof memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bernilai RM10 juta.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut cuma berharap ia tidak akan mengeruhkan lagi keadaan.
Yusof juga menegaskan, dia tetap tidak akan berganjak dengan keputusan untuk tidak mencampuri urusan anak dan menantunya.
“Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun tak perlulah saya mengulasnya panjang lebar. Cuma sebagai orang tua, saya harap Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan.
“Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya pasrah.
Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dipercayai berang dan bakal mengenakan tindakan saman terhadap JAWI kerana didakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.
“Saya sudah berbincang dengan peguam mengenai satu perkara. Dipendekkan cerita, saya akan saman JAWI sebanyak RM10 juta kerana sudah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap saya.
“Ia tidak benar. Mereka memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya, sedangkan palsu dan fitnah,” katanya dalam kenyataan, semalam. – BOOM!
Sumber: BH Online