Yakin dengan Allah yang mengatur rezeki setiap hamba-Nya, Reen Rahim akui dia sedikit pun tidak hirau memikirkan sama ada ‘sahamnya’ akan jatuh atau sebaliknya selepas kahwin.
Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, percaya, setiap pilihan yang dibuat, selagi ia masih berlandaskan syariah, pasti ada ganjarannya.
“Saham jatuh? Oh, saya takut apa pun fasal tu.
Selama ini tawaran berlakon sentiasa ada dan Tuhan susun semuanya dengan cantik.
“Kalaulah satu hari nanti karier saya perlahan, ia mungkin disebabkan faktor umur, bukannya sebab berkahwin.
“Lagipun perjalanan saya dalam industri memang perlahan, tidaklah terus memuncak.
“Jadi tidak timbul isu saya takut saham jatuh atau tak lepas ni. Mana tahu rezeki saya lepas kahwin di tempat lain pula?” katanya optimis.
Reen dijadualkan akan disatukan dengan jejaka pilihan hatinya bernama Hazim Zainal pada Sabtu ini.
Tiga acara yang akan dianjurkan pasangan berkenaan iaitu malam berinai, upacara akad nikah serta majlis sanding telah ditaja sepenuhnya dan kos dianggarkan sebanyak RM15 juta. – BOOM!