Suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid berang dengan tindakan netizen yang membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa ke atas isterinya.
Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 34, berkata, dakwaan berkenaan sama sekali tidak berasas kerana isterinya telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Agak-agaklah… baju kotor siang tadi mana sempat nak cuci. Baju lain yang berlipat tu semua dah cuci cik.
“Otak ada tapi tak digunakan sebaik-baiknya. Begitulah perangai segelintir netizen sekarang ini,” katanya menerusi Instastory.
Terdahulu, Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 37, memuat naik entri menunjukkan dia selesai mengemas pakaian anak tirinya yang ingin pulang semula ke rumah ibu mereka.
Bagaimanapun, netizen mendakwa Izreen membiarkan dua anak tirinya pulang dengan membawa baju kotor.Untuk rekod,
Ude pernah berkahwin dengan Intan Salleh pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Mereka dikurniakan dua orang anak bernama Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 5.
Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 3, dan Ali Idrees, setahun. – BOOM!