Vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz, 35, tampil memperjelaskan status sebenar dirinya setelah timbul dakwaan mengatakan dia seorang penipu.
Ejai mengakui, pernikahannya bersama Nursyahirah Azhar yang berlangsung pada Jumaat lalu sebenarnya merupakan perkahwinan ketiganya, bukan kali kedua seperti mana dilaporkan media.
“Kebanyakan orang mungkin mengetahui kisah perkahwinan saya setelah tular video saya dan bekas isteri menari di depan pejabat agama selepas sah bercerai.
“Dari situ, mungkin rakan-rakan media ingat itulah perkahwinan pertama dan ini yang kedua.
“Sebab itu sesiapa yang mengenali saya secara peribadi ingat saya berbohong dan menyorokkan status diri,” akuinya.
Justeru, Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz berharap, segala kekeliruan yang timbul baru-baru ini terjawab menerusi penjelasannya. – BOOM!