Aktor popular, Zul Ariffin mengumumkan bahawa dia akan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) tahun ini.
Perkara tersebut diumumkan pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 35, itu menerusi satu hantaran khas di akaun media sosialnya baru-baru ini.
“Alhamdulillah di sini saya nak umumkan bahawasanya saya sudah menarik diri daripada semua pencalonan dalam ABPBH34.
“Kepada para peminat yang saya sayangi, get some rest,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Berdasarkan rekod, Zul pernah memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular selama dua tahun berturut-turut pada edisi ke 30 dan 31 selain beberapa kategori yang lain.
Sementara itu, menerusi bahagian komen, kelihatan sokongan daripada kelab peminat Zul Ariffin FC yang menghormati keputusan idola mereka untuk menarik diri.