Ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie Kim membuat peminatnya berasa tidak keruan selepas muncul dalam kempen terkini jenama pakaian dalam terkenal antarabangsa, Calvin Klein.
Menerusi akaun media sosial milik Jennie dan Calvin Klein, masing-masing telah memuat naik beberapa keping foto penyanyi berusia 25 tahun itu, sekali gus mencetus sensasi.
Gambar dimuat naik Jennie (sehingga artikel ini ditulis) telah berjaya memperoleh lebih 9 juta tanda suka dan 115,000 komen daripada peminat K-Pop di seluruh dunia.
Rata-rata peminat teruja melihat Jennie memperagakan pakaian dalam berjenama ikonik itu.
Sebelum ini, Calvin Klein memang terkenal dengan pemilihan figura berpengaruh dunia sebagai duta mereka seperti Justin Bieber, Mark Wahlberg, Kendal Jenner, Bella Hadid, Eva Mendes dan ramai lagi.
Pengaruh yang ada dalam diri Jennie membuatkan banyak label fesyen terkemuka antarabangsa mahu menggunakan khidmatnya sebagai duta.
Terdahulu, Jennie pernah dipilih menjadi duta jenama mewah dari Perancis iaitu Chanel.