Penceramah bebas kontroversi, Ustazah Siti Afifah Shahbudin sekali lagi mencetus sensasi apabila mendakwa penyakit kencing manis berpunca daripada makan sumber haram.
Gara-gara dakwaannya itu, pereka fesyen terkenal, Jimmy Couture rasa terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya, apatah lagi arwah ayahnya dahulu merupakan penghidap diabetes.
“Habis tu arwah bapa saya meninggal dunia akibat kencing manis disebabkan makan dan minum daripada sumber haram ke?
“Sumpah, ustazah ni dah banyak terpesong. Jangan sampai saya buka cerita fasal orang Brunei meninggal dunia sebab makan produk keluaran ustazah!
“Ustazah dah kena banned (diharamkan) oleh negara Brunei. Orang ramai tak tahu,” dedah Jimmy menerusi hantaran di media sosialnya.
Justeru, ramai dalam kalangan pengikut Jimmy menyarankan agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap Siti Afifah kerana khuatir mengancam ketenteraman awam selain memesongkan akidah. – BOOM!