Pengarah terkenal, Shahrulezad baru-baru ini berkongsikan perkembangan semasa mengenai tahap kesihatan Nad Zainal yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta.
Menurutnya, aktres kegemarannya itu sudah memberikan respons positif, bahkan doktor juga memaklumkan keadaannya bertambah bagus.
“Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Segala puji bagi Allah atas ehsan dan rahmatNya keadaan Nanad (Nad Zainal) semakin baik berbanding semalam. Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan.
“Luka di paru-parunya semakin sembuh dan mula berfungsi dengan baik. Cuma doktor tak mahu memaksa sangat. Sekali sekala ada juga Nanad buka matanya dan tidur semula.
“Anyway sebahagian ubat-ubatan juga ada yang sudah dikurangkan dosnya dan diberhentikan apabila melihat keadaan Nad yang kian stabil. Syukur tak terhingga.
“Terima kasih Allah yang telah mengabulkan doa kita semua. Abam (Shahrulezad) harap kita akan terus berdoa. Selain dari untuk Nanad sendiri, kita jugak perlu doakan untuk mereka yang lain yang memerlukannya.
“Abam mewakili keluarga dan sahabat Nanad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yg mampu membalas doa ikhlas kalian. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga.
“Insya-Allah besok petang (hari ini) kami akan mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat utk Nanad,” demikianlah tulis pengarah drama terkenal, Shahrulezad berkongsikan keadaan terkini Nad.
Sejak Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis berkongsikan keadaan pelakon itu serta mendoakannya agar diberi kesembuhan. – BOOM!