Selebriti Azwan Ali atau Diva AA mengesahkan dia menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) untuk merebut kerusi Parlimen Gombak kali ini disebabkan mendapat bisikan arwah ibunya.
Azwan Ali berkata, keputusan itu dibuat pagi tadi, selepas Subuh.
“Saya minta maaf kepada penyokong-penyokong saya kerana lepas dapat bisikan Mak Tom, saya perlu tarik diri. Ada hikmah di sebalik bisikan itu.
“Biarlah orang anggap jika itu tahyul atau merepek, itu mak aku,” katanya.
Azwan, 56, juga berkata panggilan telefon kakak ipar, Datin Seri Shamsidar Taharin, iaitu isteri kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga membuatnya lembut hati untuk menarik diri.
“Kami berbual panjang malam tadi. Tetapi dia hubungi bukan untuk meminta saya menarik diri. Tetapi disebabkan hormat dan kenang jasa dia, saya tarik diri,” katanya.