Malang nasib seorang gadis yang menempuhi peristiwa hitam seumur hidupnya ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari madrasah.
Dalam kejadian minggu lalu, pelajar sekolah berusia 15 tahun tersebut baru saja menamatkan pengajian harian di sebuah kelas sebelum diseret dua lelaki ke kebun teh.
Bagaimanapun, gadis berkenaan bernasib baik apabila jeritan kuatnya secara tidak langsung berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan rogol oleh dua suspek terbabit.
Takut penduduk yang berada di sekitar Kampung Sakatipara, Bangladesh di situ mendengar pekikan mangsa, kedua-dua penjenayah terus melarikan diri bagi mengelak daripada ditangkap.
Beberapa hari selepas mangsa membuat laporan polis, dua pelaku terbabit akhirnya ditangkap pihak berkuasa.
Mereka di bawa ke Mahkamah Panchagarh sebelum majistret memerintahkan agar kedua-duanya dihantar ke penjara pada hari yang sama. – JURNAL