Aktres berhijab, Sharifah Rose menerima kecaman netizen apabila aksi lakonannya bersama Nabil Aqil dalam drama Ku Punya Hati disifatkan terlalu mesra dan kurang sopan.
Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23 berkata, babak itu dilakukan atas persetujuan bersama dan masih menjaga batas sebagai muslimah.
“Niat saya hanya sekadar lakonan semata-mata, bukannya pegang yang extreme pun. Benda logik sebab kalau nikah, bersalaman tu pasti ada.
“Saya ada beritahu kepada pengarah, Abang Azmi Hatta untuk elak babak bersentuhan dan dia pun faham.
“Lagi pun setiap aksi yang dibuat itu hasil perbincangan dan persetujuan semua pihak. Hal-hal kecil itu saya okey sahaja,” jawabnya memberi penjelasan. – BOOM!
Sumber: mStar